Pages

23 April 2010

Tentang Kambing

Kambing adalah merupakan binatang peliharaan yang mempunyai bau yang agak kurang enak. Ini kerana kambing seringkali dilabel sebagai binatang yang takut air, oleh kerana takut air memang sering kali kambing mengelak untuk pergi mandi ke. Bila dah tak mandi , kambing ni manalah ada duit, jauh sekali mempunyai KWSP. Bila takde duit, macam mana nak pergi beli perfume kat Sogo kan. Maka sebab itulah kambing memang tak pernah nak wangi. Sungguh pun demikian kambing mempunyai kualiti daging yang cukup enak. Harga kambing ni pun boleh tahan mahal hingga membuatkan tuan punya dompet rasa senak bila makan kambing waktu nak gaji lagi dua minggu baru nak dapat.

Dari segi menu terdapat pelbagai menu yang berasaskan kambing. Daripada menu yang biasa-biasa untuk golongan PPRT kari kambing misalnya hinggalah menu untuk golongan kapitalis, Lamb Shank.

Adalah dipercayai kambing-kambing yang berlakon dalam cerita Halimah Jongang The Series dan Chapalrela turut mempunyai hubungan keluarga yang rapat dengan anak kambing yang hilang dalam cerita Ahmad Albab. Namun kambing-kambing tersebut masih lagi menunggu royalti yang dijanjikan oleh stesen TV berbayar dan tak payah bayar kerana stesen TV terbabit terlalu kerap sangat main ulangtayang cerita Ahmad Albab tersebut.

22 April 2010

Solat Jumaat

Gua solat Jumaat hari ni macam biasa. Gua sama bos solat Jumaat dekat Masjid India. Cuma kadang-kadang aja solat “Masjid Negara”. Port gua macam biasa, bentang sejadah dalam Wisma Yakin untuk berjemaah solat Jumaat. Jemaah Masjid India time solat Jumaat ni memang boleh tahan ramai. Sama ramai dengan jemaah lelaki kat Masjid Sogo tu. Mujur juga jemaah Masjid India ni tak melimpah ruah gilababi, kalau tak mau gua solat Jumaat dari tingkat 10 pejabat gua ni.
Nak dijadikan cerita, sedang gua khusyuk dengar Imam baca Al-Fatihah, ada la pulak mangkuk hayun yang tak reti bahasa nak silent mode telefon bimbit dia. Mangkuk mana tah yang telefon dia. Sekali nada dering dia, lagu Shakira. Hambik. Mana gua nak dengar Imam baca Al-Fatihah, mana gua nak dengar lagu Shakira tu. berterabur juga gua nak baca Al-Fatihah lepas tu. Gua syak, bos gua pun mesti sama.Itu jam gua memang terfikir dah nak tendang orang kat depan gua tu suruh matikan telefon bimbit dia. Mujur juga gua macam terdengar bisikan suruh bersabar dan kembali khusyuk dalam solat. Malaikat barangkali

Hulu Selangor

Hulu Selangor sekarang ni memang menjadi tumpuan seluruh negeri Tanah Melayu. Macam pesta pun ada. Kiri kanan jalan penuh tergantung poster. Memang meriah betul. Dia punya meriah memang kalah time sambutan Aidilfitri. Yang buat gua kagum betul, tak semena-mena Hulu Selangor ni dipenuhi dengan pelbagai projek untuk rakyat. Projek nak besarkan longkang la..projek itu la..projek ini la. Semalam pun derang umum nak buat projek hab apa benda tah kat Hulu Selangor. Padahal sebelum ni, tak pernah pun terfikir akan nasib rakyat Hulu Selangor. Nak saja-saja datang jenguk apatah lagi. Jangan-jangan Hulu Selangor tu pun tak pernah tau kat celah mana. Ada member gua sorang dia ingat Hulu Selangor tu dekat dengan Hulu Langat. Bingai.
Lepas tu sibuk la nak keluar Buletin Utama, Ketua Cawangan la, Ketua Puteri la, segala mak nenek jenis ketua nak umum keluar parti. Yang sebelum ni takmo pulak keluar parti ke hapa. Ni pun sama bingai juga macam member gua yang sorang tu.
Pesanan gua satu aja untuk para pengundi Hulu Selangor..kalau salah pilih jugak memang lu orang pun sama bingai macam member gua tu.